Jom kita melaksanakan Aqiqah dan Qurban
Di bumi Mekah bersama Tim Qurban Center
MEKAH
Ada apa dengan Aqiqah dan Qurban?
Aqiqah adalah perkara yang disunatkan bagi kelahiran seorang bayi. Bagi bayi lelaki, disunatkan untuk menyembelih 2 ekor kambing, dan bagi bayi perempuan disunatkan untuk menyembelih 1 ekor kambing. Sebahagian ulama mengqiaskan masalah aqiqah dengan masalah qurban, maka mereka berpandangan bahawa 1 per 7 dari bahagian lembu atau unta boleh menggantikan 1 ekor kambing dalam ibadah aqiqah.
Qurban atau Udhiyah adalah satu ibadah yang disyariatkan untuk dilakukan pada hari raya aidiladha, atau hari raya Qurban. Qurban boleh mula dilakukan selepas selesai perlaksanaan solat hari raya Aidil adha, dan berterusan waktunya sehingga akhir hari tasyrik.
Mengapa Tim Qurban Center?
Tim kami telah mempunyai pengalaman semenjak 2009 dalam pengurusan aqiqah dan qurban di bumi Mekah. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Daging aqiqah dan qurban akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dari kalangan penduduk Mekah.
Kambing yang digunakan adalah dari ladang kambing yang mendapat pantauan doktor haiwan (veterinar). Hanya kambing yang benar-benar mencukupi syarat untuk dijadikan sebagai haiwan sembelihan aqiqah dan qurban sahaja yang akan digunakan.
Perlaksanaan penyembelihan aqiqah dan qurban di bumi Mekah akan dilaksanakan oleh tim pelaksanan kami di sana.
Qurban Center
Lot 3193, Jalan Haji Surin,
Paya Jaras Hulu,
47000, Sg Buloh,
Selangor
[email protected]
0103033900 | 0103033450
My Qurban Sdn Bhd
No 15B Jalan USJ 21/11
47630 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Dipercayai
Diuruskan oleh Tim Qurban Center yang bekerjasama dengan My Qurban Sdn Bhd.
Berpengalaman
Mempunyai pengalaman yang luas dalam pengendalian aqiqah dan qurban di bumi Mekah bermula pada tahun 2009.
Murah & Jimat
Kami menawarkan perkhidmatan aqiqah dan qurban dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Video, Gambar dan Sijil?
Pihak Tim Qurban Center akan memberikan rakaman penyembelihan (khusus untuk aqiqah sahaja) bagi penama yang diberikan oleh pihak pelanggan. Untuk pakej qurban, pihak pelaksana qurban akan update proses penyembelihan (memandangkan masa yang sempit yang menyukarkan proses video diambil). Selain itu, pihak Tim Qurban Center juga akan memberikan sijil aqiqah dan qurban bagi setiap penyertaan
Jenis Kambing
Kambing yang akan digunakan untuk aqiqah dan qurban adalah dari jenis yang pelbagai seperti: TIS, BARBARI, SAWAQNI dan lain-lain.
Pakej AQIQAH dan QURBAN di Mekah
Tarikh akhir tempahan qurban pada tahun ini adalah pada: 9 Zulhijjah 1441



